Selasa, 30 November 2010

selamat menduduki peperiksaan Ogos/2010

Assalamualaikum w.m.b kepada semua pembaca setia blog Majlis Perwakilan Pelajar Kolej Dar al-Hikmah sesi 2010. Asif kerana blog ini telah lama mendiamkan diri. maaf diatas kekurangan dan kelemahan dalam pengendalian blog ini. Ia disebabkan pelbagai kekangan yang tidak dapat dielakkan..bermula minggu depan 6hb Disember 2010 "Final exam" akan bermula... debarannya semakin terasa....

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN kepada semua siswa dan siswi Kolej Dar al-Hikmah.






semoga kita semua akan mencapai keputusan yang baik berkat daripada usaha dan tawakkal kepada Allah s.w.t

TIPS UNTUK M,ENGHADAPI "EXAM"

1. Semak jadual
Menyemak jadual peperiksaan penting bagi menentukan masa cukup untuk belajar, khususnya pada saat-saat akhir ini. Latihan mesti diteruskan mengikut kertas peperiksaan yang akhir diduduki terlebih dulu. Ini kerana apabila tiba hari peperiksaan, calon akan belajar subjek yang akan diuji pada hari pertama peperiksaan.
Jika melakukan demikian, bermakna anda telah membuat persiapan yang menyeluruh dan tidak ada subjek tertinggal atau tidak dipelajari.
 
2. Kunci peperiksaan
Apakah kunci kepada peperiksaan? Peperiksaan menuntut calon membuat banyak latihan dan ulang kaji bagi mengingati pelajaran lalu, selain mengelak diri daripada lupa fakta ketika menjawab soalan.
Oleh itu, anda jangan jemu untuk terus membuat ulang kaji, terutama menggunakan kertas peperiksaan tahun terdahulu atau soalan seiras. Langkah itu akan membiasakan anda dengan soalan standard, di samping membolehkan ingatan anda kekal dan berpanjangan.

3. Tentukan keutamaan
Belajar pada saat-saat akhir juga perlu mengutamakan mata pelajaran atau kemahiran yang masih belum atau kurang dikuasai. dalam hal ini, jangan sekali-kali belajar subjek yang anda sukai saja, sebaliknya merangkumi semua.
Ini kerana setiap peperiksaan akan membabitkan semua subjek dipelajari di sekolah, bukannya berdasarkan minat seseorang calon.

4. Banyak mengingat dan membuat kaitan
Mengingat adalah satu perkara penting yang mesti dilakukan calon dalam menghadapi peperiksaan. Pelbagai cara boleh anda digunakan untuk mengingat, antaranya belajar berulang kali mengenai sesuatu kemahiran.
Apa-apa pun cara digunakan, terpulang kepada anda, asalkan ia dapat membantu mengingat dan membuat kaitan apabila diperlukan.

5. Merancang persiapan peperiksaan


Di dalam menghadapi peperiksaan banyakkan Istighfar dan berserah diri kepada Allah setelah selesai berusaha dengan sedaya upaya.  




 Allahumma inni as-alukal fauza 'indal qadha wa manaazilasy syuhada wa 'ai syas su 'a da'                wan nasra alaal a'daa'


Maksudnya: Ya Allah Kami memohon kejayaan dalam setiap ketentuan,  tempat para syuhada'
dan kehidupan orang-orang bahagia serta kemenangan mengatasi musuh

Tiada ulasan:

Catat Ulasan