Jumaat, 9 Oktober 2009

Ucaptama : Ucapan Dasar oleh YDP

Ucaptama Ucapan Dasar

Melahirkan generasi Membudayakan islam

Membudayakan islam adalah suatu perkara yang di tuntut, peranannya sama seperti pensyariatan syiar islam sebagai symbol ketamadunan islam yang tinggi yang berlandaskan al quran dan as sunnah. Sebenarnya ketamadunan islam yang membangun pesat lebih 1400 tahun yang lepas telah memberi peuang kepada umat islam berdiri teguh dan relavan berpandukan ajaran al quran dan as sunnah bersesuaian dengan peredaran zaman setiap zaman.

Bagaimana permulaan yang dikatakan dengan membudayakan islam itu ? membudayakan islam bermula dengan membudayakan ilmu-ilmu islam ia bermula dengan pengisian rohani sebagai makanan dalaman, dengan amalan-amalan sunat sebagaimana yang dilakukan oleh pakar-pakar islam terdahulu yang menceburi dalam bidang astronomi, perubatan, sains dan sebagainya, mereka bukan sahaja pakar dalam bidang akademi tetapi mereka seorang yang hamba yang beriman dan bertaqwa terus beramal dengan membudayakan islam, dengan ini ketokohan mereka dalam kehidupan telah menjadikan mereka antara orang islam yang sangat di segani dan namanya di sebut-sebut sehingga sekarang.
Sedikit sejarah para ulama’ untuk di singkap tentang kehidupan..
Suri teladan yang di tunjukkan oleh para ulama, tentang kecintaan mereka terhadap ilmu harus menjadi renungan kita bersama .

imam as Syafie umpamanya, menghabiskan malam nya kepada 3 perkara : ilmu ibadah dan tidur yaitu rehat. Imam besar itu memperuntukan malamnya 1/3 untuk ilmu. Dalam bulan ramadhan, beliau membaca alquran 60 kali, kesemunya dalam solat.

Imam malik r.a sangat memuliakan ilmu. Sebelum memberi kuliah ilmu, beliau berwuduk, memakai pakaiaan yang baik dengan haruman, lalu duduk dengan penuh ta’zim untuk membaca hadis dan sebagainya, sebagai penghormatan hadis s.a.w. ilmu perlu didatangi bukan mendatangi pelajar menurut imam itu. Apabila khalifah meminta beliau mengajar anaknya di istana, beliau menolak, dan meminta anak khalifah hadir kemasjid seperti pelajar yang lain.
Imam abu hanifa menghabiskan seluruh malamnya untuk ibadat termasuk kegiatan ilmu. Beliau menyebarkan ilmu penuh keikhlasan tanpa mengharapkan kelebihan dunia.

Suatu ketika, beliau diminta untuk dilantik sebagai pegawai undang-undang baitul mal,namun beliau menolak lalu dirotan dengan 20 x sebatan. Pada ketika yang lain, imam abu hanifa di kurniakan 10.000 dirham, oleh khalifah kerana kegiatan ilmunya, lalu di wasiatkan agar wang itu dikembalikan semula selepas kematiannya. Demikian pula imam ahmad ibnu hanbal r.a yang pernah di penjarakan kerana perinsip ilmunya. Kecintaan ilmu dikalangan ulama silam berkait rapat dengan ntujuan ilmu, dituntut sebagai ibadah yang ikhklas kepada allah s.w.t

Perlu disedari kehidupan seorang pelajar semestinya mempunyai hala tuju yang jelas berlandaskan syariat islam, membina generasi yang berkualiti yang istiqamah dalam amal islami sebagai rol model dalam menjadi seorang mukmin yang berkualiti berakhlak, berilmu,beramal dan bertaqwa. Apa jua bidang pun yang kita ceburi pastinya tidak dapat lari dari ajaran syariat islam, ini adalah menjadi tanggung jawab sebagai seorang muslim, seorang yang di taklifkan kepadanya dengan penuh rasa amanah dalam menjalani kehidupan sebagai mana yang di nyatakan di dalam al quran :

56. dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.
57. Aku tidak sekali-kali menghendaki sebarang rezeki pemberian dari mereka, dan Aku tidak menghendaki supaya mereka memberi makan kepadaKu.
58. Sesungguhnya Allah Dia lah sahaja Yang memberi rezeki (kepada sekalian makhlukNya, dan Dia lah sahaja) Yang mempunyai kekuasaan Yang tidak terhingga, lagi Yang Maha kuat kukuh kekuasaanNya.

Perkara ini sudah jelas di sebutkan dalam al quran, perkara focus yang perlu di ingatkan kepada kita semua sebagai pelajar islam ialah selain tanggung jawab kita kepada Allah maka allah akan mempermudahkan segala urusan kehidupan kita seterusnya membina satu kekuatan jemaah sebagaimana zaman ketamadunan islam yang di pimpin oleh nabi junjungan nabi Muhammad s.a.w

Kesimpulanyan melahirkan generasi yang membudayakan islam ialah dengan cara menghayati ilmu-ilmu agama amal islami dari sekarang supaya kita tidak ketinggalan dalam persaingan arus perdana dunia mahasiswa yang, dunia pengajian tinggi seterusnya menjadikan seorang mukmin yang bertaqwa sebenar-benar taqwa kepada Allah.
Akhir sekali malahirkan generasi ilmuan ulul albab yang cemerlang, dan komited untuk mengangkat martabat mahasiswa islam yang berkualiti dan mengembalikan zaman ketamadunan islam.

Wabillah hi taufik …

Tiada ulasan:

Catat Ulasan